kuliah oleh ustaz ِAhmad Yahaya 5/7/2012
p/s: jika ada sebarang kesalahan dari segi fakta ataupun ejaan, mohon tinggalkan komen. segala kesalahan adalah di pihak saya sendiri mungkin kerana leka sewaktu mencatat nota kuliah bersama tuk guru saya. syukran.
*nasab (keturunan) = lamak (ayah), mutausyalah (wan), idris (wan)
*nama: Nuh bin Lamak bin Mutausyalah bin Idris
1. jarak waktu : 1056 tahun (jarak antara nabi Adam dan nabi Nuh) [1 alaf = 1000 tahun]
2. tahun (masa) : 3993-3043 sebelum masihi [tempoh berdakwah = 950 tahun]
3. tahun diutus : 3650
4. kaum : kaumnya disebut kaum Nuh (orang yang hidup di zaman nabi Nuh)
5. tempat diutus : selatan Iraq (tempat nabi Nuh diutus)
6. bilangan sebutan : sebanyak 43 kali nama dan kisah nabi Nuh diceritakan dalam al-Quran.
(istimewanya nabi Nuh sehingga ada satu surah yang dinamakan 'serah Nuh')
7. keturunan : 4 orang anak lelaki [(1. Yafith), (2. Sam), (3. Ham), (4. Kan'an)]
8. tempat wafat : Makkah
9. sejarah di zaman nabi Nuh : [(1. banjir besar), (2. lukis gambar dan gantung di dinding)
...secara ringkasnya, kisah nabi Nuh adalah seperti berikut:
(1. sejarah berkaitan banjir besar)
-sesungguhnya aku (nabi Nuh) menyeru kaumku malam dan siang (supaya kembali kepada Allah dan meninggalkan perbuatan memuja gambar dan patung) [إني دعوت قومي ليلا أو نهارا]
-bila nabi Nuh dah terlalu letih kerana kaumnya tidak mahu mengikutnya dan terlalu degil, maka turunlah wahyu kepada nabi Nuh supaya membina sebuah kapal.
-kaumnya yang tidak mahu mengikut ajarnnya berpakat untuk membuang najis beramai-ramai ke dalam bahtera (kapal) tersebut.
-Allah takdirkan terdapat seorang buta yang berhajat melakukan perbuatan yang sama terjatuh ke dalam bahtera yang dipenuhi najis tersebut, dengan takdir Allah, orang buta tersebut dapat melihat semula, lalu berita itu tersebar dan mereka kembali mengambil najis tersebut untuk dijadikan ubat/penawar sehingga kapal itu bersih kembali seperti keadaan asal.
-bermulanya banjir; air banjir keluar dari dapur (hujan turun dari langit dan air keluar dari bumi)
-anak nabi Nuh yang tidak beriman adalah anak ke-empat iaitu Kan'am (mendaki bukit untuk selamatkan diri dan tidak mahu mengikut ayahnya).
-kapal tersebut terdampar di bukit Judi, di sebelah timur Turkey.
(2. sejarah berkaitan lukisan dan patung)
- asalnya, lukisan-lukisan tersebut dilukis untuk dijadikan kenang-kenangan
-lama-kelamaan mereka memuja gambar tersebut (mereka muliakan gambar tersebut dan berdoa dengan menyebut nama moyang mereka, lalu Allah menguji mereka dengan memakbulkan doa-doa mereka)
-kemudian, setelah doa mereka dimakbulkan Allah, mereka mula mengukir patung seterusnya menyembah patung yang diukir oleh mereka.
-sekarang, ijmak ulama' mengatakan; hukum meletakkan gambar bercorak patung adalah haram kecuali patung yang dimainkan oleh kanak-kanak tetapi tidak boleh dimuliakan.
-jenis-jenis patung haiwan hidup yang digantung atau diletakkan di almari dalam susunan yang baik adalah haram.
-Rasulullah tidak masuk rumah saidatina Fatimah kerana terdapat gambar benda hidup di tirai/langsir rumahnya.
-terdapat khilaf (perbezaan pendapat) bagi gambar yang digantung [(1. boleh = kerana gambar itu bukan patung, tapi sekadar bayang-bayang), (2. tidak boleh = kerana Rasulullah tidakmasuk ke rumah saidatina Fatimah).
-gambar seluruh tubuh tidak boleh, tetapi separuh tubuh boleh untuk digunakan sebagai pengenalan, adapun begitu, yang lebih baik ialah tidak letak pun tidak mengapa.
-al-Quran : [(1. ada ulama' mengatakan al-Quran bukan diturunkan hanya sekadar untukdigantung), (2. kerana bimbang jam/hiasan dinding itu rosak/lama /usang menyebabkan ianya tidak dijaga/dihapuskan mengikut cara yang telah diajar)
-pemandangan yang cantik sesuai dijadikan hiasan dinding.
-buku adalah lebih baik sebagai tinggalan yang digunakan sampai bila-bila.
**sebarang pertanyaan/tambahan/perbincangan/komentar, anda dialu-alukan untuk meninggalkan pesanan di ruangan komen di bawah. terima kasih.
Allahu A'lam.
takbir! ALLAHU AKBAR =)
No comments:
Post a Comment